Quantcast
Channel: Adi Channel
Viewing all articles
Browse latest Browse all 938

Semakan Tawaran Matrikulasi Sesi 2015-2016

$
0
0
Semakan Tawaran Matrikulasi Sesi 2015-2016 : Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM sesi 2015/2016 akan diumumkan pada 13 April 2015. Pelajar-pelajar lepasan SPM 2014 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.

Semak tawaran Matrikulasi secara online

Semakan online boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di pautan berikut:
Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi
(Akan diaktifkan bermula 13 April 2015)

Semak tawaran Matrikulasi melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan tawaran Matrikulasi KPM akan diaktifkan bermula 12:00 tengahari 13 April dan berakhir pada 11:59 malam 23 Mei 2015.

Semakan Tawaran Matrikulasi Sesi 2015-2016

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan Matrikulasi KPM melalui SMS:

Taipkan:
MOE<jarak>MAT<jarak>No Kad Pengenalan
Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi akademik 2015/2016, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Rayuan Program Matrikulasi 2015/ 2016

Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh terus dikemukakan secara online melalui laman web http://www.moe.gov.my mulai 13 April 2015.

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Sumber:
Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi KPM Sesi 2015/2016

Viewing all articles
Browse latest Browse all 938